TIGER STRIPES, WALID DAN MAGIK

avatar
(Edited)
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

400 BLOWS.jpg
.
Yang tidak pekak tidak mahu ‘mendengar’. Yang tidak buta tidak mahu ‘melihat’. Yang bisa berkata-kata hanya bisa merepek! Itulah sebabnya Mamat Khalid meletakkan Pyanhabib sebagai pendita dalam filemnya kerana beliau bisa melakukan semuanya lagi berganda-ganda dari orang biasa!

Dalam Tiger Stripes, suara ngauman budak perempuan bertudung. Rasa amarah yang disalurkan terus dengan protagonist melihat terus ke mata penonton.

Dalam Walid, seorang kanak-kanak yang tersepit dipertengahan konflik, namun tiada siapa endah. Diposternya ada garisan darah merah memisahkan diantara karekter yang dewasa dengan yang muda, walaupun duduk sebangku.

Dalam MagiK, seperti yang telah ditulis oleh Haris Hauzah, dan seperti apa yang saya juga rasai ketika menonton, adalah suara watak budak perempuan utama, bernama Kit, yang pekak. Tidak mendengar. Namun Kit bisa 'mendengar' apa yang orang lain tidak kedengaran. Suara yang berbentuk formasi kelip-kelip. Dan kelip-kelip juga 'mendengar' perasaan dan keluhan Kit.

Malah, ketika pertama kali melodi ‘Blue Danube’ dimainkan bersama babak Kit dan kelip-kelip, terus membawa saya ke babak yang serupa dalam filem ‘2001: A Space Odyssey’ oleh Stanley Kubrik. Yasu Tanaka ingin membawa Kit dan penonton keluar dari kebiasaan dan kesuatu tempat yang luar biasa!

Juga benarlah apa yang diperkatakan oleh Pak Hassan Muthalib mengenai kelip-kelip difilem ini hanyalah sekadar 'red herring' ataupun digunakkan oleh pengarah Yasu Tanak sebagai lencongan daripada apa yang sebenarnya mahu diperkatakan.

Apa yang sebernarnya mahu diperkatakan adalah, seperti watak kanak-kanak lain dalam Tiger Stripes dan Walid, adalah sistem pendidikan itu sendiri.

TIGERSTRIPES.jpeg

PINK FLOYD DAN MISTAKE IN READING SYMBOLS
Seperti dalam lagu rock klasik Pink Floyd yang mempunyai lirik yang ironik tentang pendidikan dan dinyanyikan oleh kanak-kanak berbunyi, "We don't need no education". Dan juga kesedaran Pink Floyd tentang pemberontakkan ini hanyalah seperti melawan satu dinding batu gergasi, lantas tajuk lagu, "Another brick on the wall" dan kanak-kanak hanyalah dipergunakan sebagai 'batu-bata' dalam menjaga 'dinding' tersebut.

Dipermulaan musik video lagu tersebut juga ada ditunjukkan seorang cikgu yang mentertawakan seorang murid yang menulis sebuah sajak. Sama seperti dalam filem 'Dead Poets Society' dimana kaedah mengajar Cikgu Keating tidak digemari oleh golongan ortodoks sistem pendidikan yang mahukan pelajar-pelajar menjadi "another brick on the wall".

Oh ironinya dalam sistem pendidikan kita sendiri, peajar-pelajar yang mempunyai gred yang rendah diletakkan dalam 'aliran sastera'. Lantas generasi kini memandang pelajar 'aliran sastera' ini adalah golongan yang bodoh. Sehinggakan terkini ada ternampak tulisan seorang professional yang mengatakan sesuatu yang bermaksud, kemajuan tamadun tidak memerlukan sastera. Kerana itulah seorang yang 'bijak pandai' seperti Elon Musk yang dijunjung tinggi terlepas maksud sebenar lagu David Bowie 'Life On Mars' dengan cita-cita mewujudkan koloni manusia di planet Marikh. Sedangkan lagu itu sebenarnya mengatakan tentang kehidupan di Bumi!

Seperti yang diperkatakan oleh Joseph Campbell, "...that would be what I would call a mistake in reading of the symbol. That’s reading it in terms of prose instead of in terms of poetry. That’s reading a metaphor in terms of the denotation, instead of in terms of the connotation, do you understand that? A purely literary problem."

MAGIK.png

SISTEM PENDIDIKAN
Ada satu pendapat yang saya setuju mengatakan, tidak ada kanak-kanak yang bodoh. Cuma kadar mereka untuk belajar dan memahami sesuatu yang diajar itu berlainan. Dan setiap kanak-kanak itu adalah berlainan dan tidak boleh dipaksa menjadi sama seperti yang lain, dan sekali lagi menjadi 'another brick on the wall'!

Seperti pimpinan yang terkini gelojoh menyumbat subjek-subjek 'Kecerdasan Buatan' dengan tidak mengendahkan kecerdasan asli, iaitu bakat-bakat semulajadi generasi muda!

Sedangkan isu quota kemasukkan ke IPT masih sama. Pelajar bukan Melayu yang lebih tinggi gred tidak diterima melanjutkan pelajaran, tapi tempat diberi kepada pelajar Melayu yang lebih rendah gred. Kemudian mereka-mereka ini akan menjadi tenaga pendidik yang baru! Apakah jenis generasi 'terdidik' yang akan kita hasilkan? Adakah akan ada 'Professor Ungku Aziz' dan 'Khoo Khay Kim' yang baru?

Bukan sahaja Tiger Stripes, Walid dan MagiK. Filem-filem pendek dari Timur Malaysia seperti Rumah Ndak Bertanah dan Aku Mau Skola dari Sabah mengetengahkan isu pendidikan yang sama! Namun tiada siapa yang mendengar. Itulah pekak yang sebenar!

Hingga seorang terajutama dari Sarawak, D-Ni OK, mengulas secara metafiksyen dalam filem pendek beliau, Alice. (akan bakal menjadi 'cult-status'! anda bacanya pertamax disini!)

Anyways.

**BAHASA FILEM **
'Red-Herring' yang nyata ialah MagiK sebenarnya mengkritik bukan sahaja sistem pendidikan yang sudah lepas tarikh luput, tetapi golongan-golongan dewasa yang korup yang tetap menjaga tembolok sendiri dari nasib generasi.

Bahasa sinema yang dipergunakan oleh Yasu Tanaka adalah sama seperti dalam filem klasik Tokyo Story arahan Yosujiro Ozu dimana dinding sempit dalam rumah memeningkan kepala. Tapi babak-babak di luar rumah dan dikelilingi alam semulajadi menunjukkan nilai-nilai yang benar dan bersih. Pak Hassan Muthalib juga nampak akan perbezaan tiga generasi yang ditunjukkan oleh Ozu dalam Tokyo Story.

Sama dalam filem '400 blows' arahan François Truffaut dimana protagonist utama, kanak-kanak lelaki bernama Antoine seperti terperangkap dalam babak-babak beliau dirumah dan disekolah yang seakan-akan sempit, tetapi bebas dan terbuka ketika beliau keluar dan menjadi diri beliau yang sebenar.

Sama dalam filem 'Dead Poet Society'. Cikgu Keating membawa pelajar-pelajar beliau keluar dari kekangan sempit bilik kelas dan keluar bermain-main diluar, mengajak mmembuka minda dan mendekatkan diri dengan alam. Watak-watak pelajar juga mengadakan perjumpaan didalam gua pada waktu malam, seakan satu alegori untuk mendapatkan 'wahyu' dari sistem yang rosak.

Dalam pengakhiran filem '400 Blows', Antoine berlari kearah pantai yang terbuka luas. Menikmati kebebasan. Tapi menoleh kebelakang, memecah ‘the fourth wall’ terus kearah penonton. Kearah kita. Kearah mereka yang berkuasa yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap generasi muda tapi leka.

Watak Zaffan dalam Tiger Stripes melakukan benda yang sama. Begitu juga watak Kit dalam MagiK. Namun adakah ianya sampai pada mereka-mereka yang sepatutnya? Macam pepatah orang putih mengatakan, "We can only pray for the miracle (magik) to happen". Not to wait for Santa Claus to come down the chimney bearing gifts.

Mungkin apa yang generasi baru ada adalah mereka sendiri. Bak kata orang putih, "What they have is each other." Seperti dalam filem klasik 'Kami' dibintangi oleh Sudirman, dua watak kanak-kanak yang terasing dari dunia pembangunan dan tamadun, pada pengakhiran filem, mereka terpaksa menjaga diri mereka sendiri untuk hidup dan tidak berharap pada orang lain. Nak makan nasik bungkus dalam hospital pun tak boleh!

Finally,

"If your plan is for 1 year, plant rice. If your plan is for 100 years, educated the children" - Confucious.

And educate not indoctrinate!

WALID.jpg



0
0
0.000
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
3 comments
avatar

Wow! Deep betul review ko kali ni. Siap lagu Pink Floyd pun masuk sekali. I like how you think. 👍🤗

avatar

Congratulations @nazirullsafry! You have completed the following achievement on the Hive blockchain And have been rewarded with New badge(s)

You received more than 80000 upvotes.
Your next target is to reach 85000 upvotes.

You can view your badges on your board and compare yourself to others in the Ranking
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP